Bau aroma kopi hitam amat menenangkan jiwa buat
sementara waktu. Mesyuarat bersama ketua polis dan ketua unit lain memeningkan.
Kopi di cawan kertas dihirup, kepahitan kopi membuatkan dirinya tenang.
‘Ke
manalah hilang budak-budak ini?’ Gambar-gambar dihadapannya ditenung sambil
bertanya kepada diri sendiri.
Ketukkan
di pintu, membuatkan lelaki membetulkan kedudukan agar kelihatan berkarisma,
“masuk.”
“Selamat
petang tuan. Puan Farah beritahu Tuan sedang mencari saya. Ada apa yang saya
boleh membantu tuan,” suara pegawai muda seraya memberikan tabik hormat.
“Silakan
duduk, Ram. Saya ada perkara yang dibincangkan bersama kamu,” Khalid memberi
isyarat mata untuk duduk.
Sambil
duduk, ram sempat melirik gambar-gambar yang tersusun di atas meja pegawai
atasannya. Semuanya gambar budak remaja perempuan belasan tahun. Secara
automatik dahinya berkerut. Dia memandang lelaki dengan wajah terkejut.
“Ram,
saya nak awak menyiasat kes ini dan bawa semua yang terlibat ke muka keadilan.
Cari siapa dalang jenayah ini? Apa motif mereka?” Arah Khalid dengan tegas
serentak itu dia memusingkan gambar-gambar di atas meja mengarah ke Ram.
Kini
giliran Ram pula, merenung gambar-gambar itu. Secara tidak langsung, dia jatuh
kasihan terhadap ibu bapa kepada
budak remaja perempuan itu.
“Ram berhati-hati ketika menyiasat
kes ini. Memandangkan tidak ada bukti-bukti sahih mengenai kes ini. Jadi skop
siasat awak luas, jaga keselamatan diri. Jangan bertindak sendiri,” sambung
Khalid kali ini lebih kepada nasihat seorang bapa kepada anak.
“Jangan risau Tuan. Saya akan
pastikan setiap dalang menerima hukuman setimpal,” balas Ram serentak bangun
dan berikan tabik hormat lalu melangkah keluar dari bilik itu. Tidak dilupakan
fail kes yang diserah kepadanya.
“Rammm...” menghentikan langkah
lelaki itu dari memasuki bilik gerakan. Dia berpusing melihat siapa yang
memanggil.
“Tunggu, aku ada belikan kau
cappacino,” jerit Issac sambil menerima bungkusan dari penghantar Foodpanda.
Meleret senyuman Ram melihat tingkah
laku Issac atau dikenali sebagai
Inspektor Issac. Lelaki itu terkoncoh-koncoh mendekati Ram sambil
membawa air yang dibeli melalui atas talian.
“Kenapa tiba-tiba baik nak belanja
aku?” soal Ram sebaik sahaja menerima cawan yang tertulis cappacinno.
“Eh... Eh... Inspektor Ram, aku cuma
belikan bukan belanja,” balas Issac meluru masuk ke dalam bilik gerakan
mendahului sahabatnya.
“Aik... Aku tak minta pun. Kenapa
kau belikan? Itu dua cawan lagi hak siapa pulak?” soal Ram apabila melihat ada
lebih dua cawan lagi.
Dahinya berkerut sedikit, geram
melihat Issac menikamati minuman yang dibeli tanpa menjawab soalan. Tanpa
menunggu jawapan, Ram mula membuka penutup plastik dan mula menikmati air
cappacino dengan perlahan. Aroma minuman itu benar-benar mendamaikan jiwa.
“Hoi, apa kau orang buat dalam bilik
ini hah?”
Hampir nak tersembur air yang
diminum bila disergah seperti itu. Ram memandang ke arah Issac yang sedang lap
bibirnya sebelum memandang ke arah dua orang yang melangkah mendekati mereka
dengan ketawa.
“ Kau orang ini kan memang jahanam
sungguh tau?” marah Issac apabila dua orang sambil ketawa mencapai cawan kertas
di atas meja tanpa dipelawa dan duduk di kanan Ram.
“Terima kasih Issac kerana sudi
belanja kami air kayangan ini,” ucap salah seorang dari mereka dan lagi
mengangguk bagi mengiyakan kata-kata sahabatnya.
Ram hanya memerhati sahaja. Walaupun
sedikit benggang dengan sikap kawan-kawannya tetapi dia memilih diam diri dulu
bila Issac dah mula menyerang mereka dengan kata-kata.
“Ehhh... ehhh.... ehhhh... Inspektor
Asyraf dan Inspektor Iqbal aku tolong belikan saja, bukan belanja. Ada faham?”
Kini giliran Asyraf dan Iqbal pula
terkejut. Masing- masing memandang muka Ram meminta penjelasan.
“Tak payah tengok muka Ram. Dia pun
aku tak belanja, aku tolong beli saja. Kejap mahu kira berapa kau orang kena
bayar?” Sambung Issac sambil mencapai telefon pintar untuk menggira.
“Tapi kami tak minta pun kenapa kau
beli?” Soal Iqbal dengan wajah tidak puas hati.
“Aku teringin nak minum. Upah
penghantaran tidak begitu berbaloi untuk secawan. Jadi aku pesanlah untuk kau
orang semua supaya boleh kita kongsi upah penghantaran. Lagipun kalau aku tak
pesan kau orang akan tanya kenapa tak pesan sekali.”
Bulat mata Ram, Asyraf dan Iqbal
mendengar alasan Issac. Mereka memandang sesama mereka dahulu sebelum mengalihkan
pandangan ke arah sahabat mereka sedang sibuk meneliti telefon pintar.
“Okey, aku dah kira. Esok Ram
belanja aku makan tengah hari, lusa Iqbal dan tulat Asyraf ...” belum Issac menghabiskan kata-katanya
telefon pintar itu mula bernyanyi.
“Terima kasih, sayang.
Sekurang-kurangnya awak ingat saya. Ya, kita jumpa malam nanti.”
Sekali lagi tiga sahabat itu bangun
memeluk Issac. Nampaknya mereka terlupa mengucapkan selamat hari lahir buat
sahabat mereka.
“Simran yang aku kenal dua tahun
lepas pun ingat hari ini hari apa? Kau orang yang bersama aku lebih sepuluh
tahun pun boleh lupa. Tak.. tak... sebagai denda kau orang kena belanja aku
makan untuk tiga akan datang.”
Ram, Iqbal dan Asyraf mencapai cawan
masing-masing melangkah keluar dari bilik itu dengan selamba, tanpa
menghiraukan kata-kata Issac. Masing-masing senyum meleret bila mendengar
rungutan sahabat di belakang mereka.
No comments:
Post a Comment