Cerita

Segala-galanya indah kerana ia cerita.

Prolog

 

Ketika mata dibuka bau hanyir terlebih dahulu menusuk deri bau, Matanya digosok sambil sebelah tangannya menutup hidungnya. Kini gadis, mengimbas keadaan sekelilingnya. Tidak jauh dari kawasan baringannya kelihatan tiga gadis lagi mungkin sebayanya baring tidak sedarkan diri.

            ‘Masih hidupkah mereka? Kaku semacam aje,’setapak demi setapak menghampiri mereka dengan perasaan was-was. Dia menempatkan jari telunjuk pada hidungnya sambil memandang ke arah dada mereka. ‘Hmmm… masih hidup. Mungkin tidur kot,’ pelbagai andaian bermain dalam fikirannya.

            “Awak… Awak… Bangunlah. Tolonglah bangun,” gadis itu mengejutkan mereka sambil sambil mengoyangkan bahu mereka bergilir-gilir. Gadis yang berbaring bahagian tengah mula respon pada panggilan. Perlahan-lahan dia membuka kelopak matanya. Matanya dikedipkan beberapa kali sebelum menyoalnya, “awak siapa? Saya di mana?”

            “Saya Saliha. Saya pun tidak tahu di mana kita berada sekarang. Siapa awak?”

            “Saya Isabella. Siapa mereka ini?” tanyanya memandang kedua-dua sebelah kanan dan kirinya.

            “Entah. Aku pun tidak kenal mereka. Sebelum ini ada lima orang termasuk saya. Awak tak ada pun ketika itu. Awak anak orang kaya?” Saliha menerangkan satu persatu sambil mata memandang tingkap pengudaraan yang terletak di hujung dinding.

            “Saya anak yatim piatu. Mama dan papa saya meninggal ketika saya kecil lagi. Saya tinggal dengan mak cik. Ketika mereka culik saya, makcik tiada di rumah. Dia ke luar negara, mesti dia ingat saya ke rumah makcik Chong, kakaknya,” terang gadis itu sambil mengelap air matanya.

            Saliha bangkit dari tempat duduknya, menuju ke pintu yang tertutup. Tangannya sedikit mengeletar mencapai tombol pintu yang bulat. Memusingkan tombol itu. Wajah keruhnya bertukar menjadi ceria, pintu itu tidak berkunci.

            “Awak, pintu ini tidak berkunci. Jom kita keluar,” ajak Saliha sambil menjenguk keluar.

            “Tapi macam mana dengan mereka. Kesian mereka. Jom kita kita kejutkan mereka. Kita lari sekali,” pinta Isabela sambil memandang ke arah dua gadis yang belum sedar diri.

            “Kejap,” arah Saliha melangkah keluar dari bilik itu. Seketika kemudian dia datang semula membawa empat botol air mineral dan sebuku roti.

            “Jom kita kejutkan mereka.”

            Apabila air mineral direnjiskan pada wajah kedua-dua gadis yang masih berbaring. Isabella menepuk perlahan pipi mereka hingga sedar.

            “Apa pun kita bincang setelah kita berada keluar dari bangunan ini. Setakat ini hanya kita berada dalam bangunan ini. Ini sahaja peluang kita, jom,” terang Saliha serba ringkas, sebelum mengajak mereka keluar dari bilik itu.

            Mereka keluar menerusi tingkap pecah, bagi mengelakkan bertembung dengan penculik. Seluruh bangunan itu mempunyai pagar dawai setinggi setinggi bangunan itu. Perasaan kecewa mula menyelubungi diri mereka.

            “Eh, lihat itu,” jerit Isabela perlahan, masih sedar kedudukan mereka belum lagi selamat. Tangannya menunjukkan sebuah lubang kecil yang mungkin muat untuk tubuh kecil mereka.

No comments:

Post a Comment

  HAIKU SEKUNTUM MAWAR. Sekuntum mawar Warnanya merah saga Tumpuan uda Sekuntum mawar Duri pengawal setia Halang diusik orang ...