Cerita

Segala-galanya indah kerana ia cerita.

Bab 1


 Bunyi tik dua kali menyedarkan dirinya dari terus melakukan perbuatan terkutuk itu. “Ada orang lain bangunan ini?’ kerja melapah wanita yang terbaring itu dibiarkan seketika. Langkahnya mendekati cermin bilik itu, dengan jari tunjuk dia menjarakkan vertical blind. Matanya tertangkap pada satu susuk tubuh yang meloloskan diri ke dalam kereta. ‘Siapa itu? Soalan kedua buat dirinya dibiarkan tanpa jawapan.

Matanya masih lagi pada wanita yang ada dalam kereta.Tiba-tiba mata mereka bertembung dan wanita melarikan pandangannya dan bergerak. Dia cuba fokuskan pada nombor itu tetapi gagal. Warna kereta itu juga sukar dikenal pasti. Tapi mata wanita itu...

Dipandangnya semula, jasad wanita tanpa bernyawa. Wanita ini banyak membawa perubahan dalam dirinya. Bindushathi atau dikenali sebagai Bindu diperkenalkan oleh rakan seuniversitinya, Rahman, dahulu dalam satu majlis perjumpaan. Dari situ bermulanya hubungan mereka. Hubungan yang bermula sekadar persahabatan menjangkau ke alam percintaan.

“Awak, bila dah berjaya jangan tinggalkan saya,” inilah ayat yang sering diungkap oleh wanita itu setiap kali mereka bersama. Dia tidak pernah berkira dalam membelanjakan duitnya untuk buah hatinya. Hatinya bahagia sangat sehinggalah sebulan lalu.

Peristiwa itulah punca insiden berdarah malam ini. “Kenapa kau curang dengan aku Bindu? Aku sayang kau sesangat. Kenapa? kenapa?” jeritan itu bergema dibangunan yang tidak berpenghuni ketika ini. Sambil itu dia mengerat-ngerat tubuh wanita kepada bahagian kecil-kecil.

“Encik Vinay buat apa ini?” Kehadiran pakcik Muthu ketika ini membantutkan kerjanya. Muthu yang baru hadir dengan bungkusan briyani kambing terkejut dengan keadaan lantai yang penuh dengan darah. Bau hanyir merebak keseluruh. Tekaknya kembang. Dengan pantas kakinya melangkah ke tandas dan mengeluarkan semua isi perutnya. Ketika itu, dia teringat sesuatu. Kecut perutnya, memikirkan hal itu.

“Pakcik ok?” Suara itu membuatkan darahnya berderau.

“Ya, saya ok.”

“Jom pakcik ikut saya,” belum lelaki tua bersuara, Vinay melabuhkan tangannya atas lelaki ala-ala kawan berjalan keluar.

Bau hanyir darah merebak, di seluruh kawasan itu. Terdapat beberapa kesan tapak kaki, sah daripada Vinay ketika dia keluar dari bilik itu.

Langkah lelaki tua terhenti. Matanya tanpa berkelip memandang ke arah meja dalam bilik. Lebih tepat pada objek yang terletak di atas meja itu. Lebih tepat kepala dengan keadaan mata terbeliak.

“Usah bimbang pakcik. Jom,” ajak Vinay, dia menguatkan cengkaman pada bahu lelaki tua itu.

Dalam terpaksa rela, orang tua melangkah ke dalam bilik itu. Dalam hatinya dia tidak tidak berputus-putus berdoa agar kepalanya juga tidak menjadi perhiasan seperti kepala wanita itu.

“Pakcik, jangan bimbang saya tidak akan apa-apakan pakcik, jika mendengar kata-kata saya,” kata Vinay sambil merenung tajam ke arah lelaki tua.

“Apa yang saya perlu buat?” pertanyaan lelaki tua itu, mengukirkan senyuman di bibir lelaki yang bertopengkan syaitan.

Pertanyaan daripada lelaki tua itu, membuatkan Vinay ketawa besar. “Bagus pakcik. sekarang kita perlu kemaskan tempat ini. Potongan yang hancur ini pakcik flush aje dalam tandas. Kalau daging yang dipotong comel-comel ini pakcik boleh bawa balik masak. Kalau pakcik tahu daging perempuan ini sedap sesangat. Bibik saya akan masak asam pedas. Saya bagi tahu dia ini daging unta yang diimport khas. Apa lagi dia pun masak sedap-sedap.”

No comments:

Post a Comment

  HAIKU SEKUNTUM MAWAR. Sekuntum mawar Warnanya merah saga Tumpuan uda Sekuntum mawar Duri pengawal setia Halang diusik orang ...